Khamis, 16 Ogos 2007

Vitamin C, E kurang risiko sakit jantung

CHICAGO: Wanita umur pertengahan yang berisiko diserang sakit jantung menerima manfaat sedikit daripada pengambilan vitamin C, E atau beta karotin, kata penyelidik kelmarin.

Walaupun pengambilan makanan tambahan vitamin tidak menyediakan manfaat jantung, memakan diet kaya dengan vitamin berkenaan tidak menjadikan organ itu lebih sihat, kata kajian itu.

Pakar percaya, diet berkhasiat kaya dengan vitamin sedemikian melindungi sistem kardiovaskular badan dengan bertindak balas terhadap sebatian dikenali ‘radikal bebas’.

Sebatian berbahaya ini terbina dalam badan dan boleh merosakkan lapisan arteri, menggalakkan pembekuan darah dan mengubah fungsi saluran darah.

“Antioksidan tunggal (vitamin) mungkin tidak memperlihatkan vitamin rumit dan khasiat yang ditemui dalam makanan, yang menerangkan percanggahan antara percubaan paling banyak campur tangan dan kajian dalam buah-buahan dan sayur-sayuran,” kata penulis Nancy Cook dari Brigham dan Hospital Wanita serta Sekolah Perubatan Harvard di Boston.

Antara lebih 8,000 wanita purata berusia 61 tahun, terbabit dalam kajian hanya kombinasi vitamin C dan E menunjukkan risiko rendah mendapat strok berbanding plasebo. – Reuters

Selasa, 31 Julai 2007

Helikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search
Ehsan Naval Helicopter Association
Terowong Lebuh raya Karak


Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia bersama enam anggota terhempas berdekatan terowong Genting Sempah, Genting , Pahang pada hari Jumaat 14 Julai 2007 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi menuju Pangkalan Udara Kuantan , Pahang. Helikopter itu dilaporkan hilang pada jam 9.15 pagi , kira-kira 10 minit selepas berlepas.

Helikopter itu terputus hubungan dengan Menara Kawalan TUDM pada jam 9.35 pagi ketika sedang melalui Genting Sempah - Janda Baik, Pahang.

Jadual isi kandungan

[sorok]

[Sunting] Lokasi ditemui

Bangkai pesawat ditemui melalui gerakan darat di sebuah lurah dalam, 5km dari Genting Sempah pada jam 1.24 petang pada hari Selasa, 17 Julai 2007, setelah lima hari dilaporkan hilang. Bangkai pesawat itu ditemui 3 km dari pintu terowong Genting Sempah di bahagian Selangor, berhampiran Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak. Laporan JPA3 menyatakan helikopter itu ditemui di kaki Gunung Bunga Buah, dalam lembah dengan cerun kira-kira 90 darjah dan keadaan hutan di situ tebal.

Enam jenazah yang ditemui bersama helikopter Nuri itu dibawa keluar dan diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kejadian.

Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah :

Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi(29).Beliau ialah anak saudara Timbalan Ketua Polis Negara , Datuk Mohd Najib Abdul Aziz.
* Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof(27 tahun)
* Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara)(34)
* Sarjan Mohd Azmie Md Yassin ( 35 tahun)
* Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28)
* Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)

Helikopter Nuri mendarat di padang bolasepak HKL pada pukul 3.45 petang .Enam buah ambulans menunggu di tepi padang.Mereka dipercayai meninggal dunia pada hari kejadian berdasarkan tubuh yang telah reput dan masih melekat pada kokpit helikopter.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, selaku Menteri Pertahanan dalam sidang satu sidang media mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

[Sunting] Gerakan mencari

Markas Operasi Mencari dan Menyelamat Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) di tempatkan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Ariffin berkata lebih 1,000 anggota tentera udara , tentera darat , polis , orang Asli dan orang kampung terlibat dalam gerakan mencari helikopter itu. Tumpuan utama ialah di kawasan Genting Highland dan Genting Sempah yang berhutan tebal , curam dan terpaksa menempuh kawasan gunung dan hujan lebat.

Lokasi utama seperti Genting Highlands, Genting Bidai, Genting Sempah, Bukit Tinggi , Janda Baik , Awana Genting, Klang Gates , Hulu Yam dan Batang Kali menjadi tumpuan kerana beberapa saksi mendakwa mereka terlihat kelibat hilikopter itu pada hari Jumaat. Lokasi di menara pemancar telekomunikasi Maxis di pencawang Kilometer 36.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak turut menjadi titik rujukan.

Helikopter Sea Hawk dari kapal marin Amerika Syarikat di Selat Melaka dan foto satelit milik Amerika Syarikat turut mencari.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meninjau dari udara menggunakan helikopter Agusta miliknya. Helikopter Eurocopter EC 155 dipandu oleh Kapten Meor Abd. Wahab Meor Amaluddin (bekas juruterbang TUDM) turut terlibat.

[Sunting] Halangan mencari

Jurulatih Ikhtiar Hidup, Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Pegawai Waran II Nasarudin Mohd. Ismail berkata jika mereka masih hidup, mereka boleh menggunakan tumbuhan hutan untuk 'survival. Mereka boleh gunakan nibung, rebung buluh, tepus dan paku sungai. Malahan mereka membawa beberapa telefon bimbit. Malangnya semua telefon dan radar kecemasan tidak berfungsi.

Isyarat kecemasan Sabre helikopter berkenaan didapati tidak diaktifkan. Punca tidak diaktifkan masih disiasat. Maklumat tambahan juga tiada. TUDM amat bergantung kepada maklumat dari orang ramai yang mungkin terlibat kelibat helikopter itu.

Gerakan mencari 'lewat' lima hari kerana kabus tebal dan cuaca buruk sehingga penglihatan cuma 10 meter sahaja. Penggunaan sistem satelit dan helikopter sea hawk turut gagal memainkan peranan. Banjaran titiwangsa dipenuhi hutan belantara dan pancaran radar gagal menembusi pkok-pokok besar. Radar kawalan trafik masih tidak berkesan di hutan khatulistiwa.

[Sunting] Punca terhempas

Cuaca bukanlah punca utama kerana helikopter mungkin boleh mendarat di utara Bukit Tinggi yang lebih rata. Jika hujan lebat , mana-mana pesawat boleh memlih lereng gunung yang rendah menuju ke Bukit Tinggi.

Punca lain ialah faktor kesilapan manusia, faktor alam sekitar, ditembak musuh dan kerosakan enjin.

Spekulasi menyatakan enjin helikopter itu tidak berfungsi dengan baik selepas 10 minit terbang. Helikopter ini dibeli dari Amerika Syarikat selepas lasak beroperasi dalam Perang Vietnam 1975 .Kementerian Pertahanan belum berhajat untuk menamatkannya kerana tidak ada pilihan lain selain difikirkan masih selamat.

[Sunting] Kronologi kemalangan

Pada 1968 TUDM membeli 40 buah Sikorsky S61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan. Helikopter ini dinamakan Nuri dan pernah digunakan semasa Perang Vietnam pada 1975.

Nuri menggunakan dua enjin General Electric berkuasa kuda 15,000 mempunyai kelajuan maksimum 220 km sejam.

Helikopter ini pelbagai guna seberat 3,652 kilogram itu mempunyai kemampuan membawa 21 penumpang termasuk tiga anak kapal.

16 kemalangan berlaku melibatkan helikopter Nuri milik TUDM sejak 39 tahun lepas. Punca utama ialah cuaca buruk, bukan disebabkan oleh enjin helikopter.

  • 25 April 1969 - Nahas pertama Nuri melibatkan 4 askar TUDM terbunuh kerana terhempas di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - Empat anggota TUDM terbunuh kerana Nuri terhempas di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - Sebelas krew dan penumpang terbunuh kerana Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan dekat Ipoh, Perak tetapi semua 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak, tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
  • 18 Dis 1989 - Sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brigidier Jeneral Datuk Hasbullah Yussoff.
  • 28 Ogos 1990 - Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
  • 16 Jan 1991 - Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota terselamat.
  • 10 Jun 1991 - Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira- kira pukul 5.20 petang.
  • 3 Oktober 2004 TUDM bercadang menamatkan penggunaan helikopter Nuri ( harga 76 - 95 juta sebuah) kepada pesawat baru pada Rancangan Malaysia ke Sembilan tetapi ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan. Dalam Rancangan Malaysia ke 10 mungkin menjadi kenyataan.

Masih ada 30 buah Nuri yang masih beroperasi dan entah nasib juruterbang Melayu mana pula.

Airod Sdn Bhd telah dilantik oleh TUDM untuk memasang 'autohover' pada setiap helikopter Nuri dengan kos RM 55.8 juta agar dapat beroperasi di kawasan berair ( banjir).

Helikopter Nuri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search

Helikopter Nuri atau juga dikenali sebagai Sikorsky S-61 ataupun H-3 Sea King adalah sebuah helikopter milik tentera udara Malaysia. Helikopter Nuri adalah helikopter enjin berkembar pelbagai guna. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan tentera lain, dalam banyak negara di seluruh dunia. Helikopter Nuri juga merupakan helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat.

Perkhidmatan

Pada masa kini helikopter Nuri digunakan di Markas Bantuan Udara seperti berikut:

  1. No. 3 Skuadron Butterworth S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  2. No. 5 Skuadron Labuan S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  3. No. 7 Skuadron Kuching S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  4. No. 10 Skuadron Kuala Lumpur/Sungai Besi S-61A-4 Nuri/AS-61N-1 VIP

Umum

SH-3 Sea King
Beberapa Sikorsky S-61 berlepas
Beberapa Sikorsky S-61 berlepas
Description
Role Multi-role helicopter
Crew 4 (2 pilots, 2 ASW systems operators)
Dimensions
Length 54 ft 9 in (fuselage) 16.7 m
Width

Height 16 ft 10 in 5.13 m
Rotor diameter 62 ft 19 m
Weights
Empty 11,865 lb 5,382 kg
Loaded

Maximum take-off 18,626 lb 8,449 kg
Powerplant
Engines 2 General Electric T58-GE-10 turboshaft
Power 1,400 shp (each)
Performance
Maximum speed 166 mph 267 km/h
Combat range

Ferry range 621 mi 1,000 km
Service ceiling 14,700 ft 4,481 m
Rate of climb 1,310-2,220 ft/min 400-670 m/min
Armament
Guns None
Torpedoes 2 Mk 46 torpedoes (on SH-3H)

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan tentera lain, di seluruh dunia.

Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, Sistem Perkakasan Pendaratan ( Instrument Landing System ) dan, Keupayaan Penglihatan Malam ( Night Vision Capabilities ). Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga 2018.

Setiap Nuri akan melalui pemeriksaan “Check One” bagi setiap pesawat mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari manakala “Check Two” lebih kurang dua minggu dan seterusnya “Check 4” dan “Check 5” yang memakan masa di bawah enam bulan sahaja.

Penyelenggaraan Nuri kini diserahkan kepada AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh terbang diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Alatganti yang diperlukan akan dibekalkan selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh ianya berstatuskan “Aircraft On Ground”.

[Sunting] Ringkasan

Direka oleh Sikorsky, helikopter Nuri pertama terbang pada tahun 1959, dan beroperasi dengan tentera laut Amerika Syarikat pada Jun 1961. Ia direka untuk beroperasi di atas geladak kapal. Kipas lima bilahnya boleh dilipat untuk mudah disimpan. Kegunaan utamanya adalah untuk peperangan anti-kapal selam, tetapi juga berfungsi sebagai pesawat udara anti-kapal, cari dan menyelamat, pengangkutan, komunikasi, pengangkutan eksekutif dan peranan Amaran Awal Di Udara (Airborne Early Warning). Dalam tentera laut Amerika Syarikat, peranan pesawat udara anti-kapal selam dan cari dan menyelamat telah digantikan oleh SH-60 Sea Hawk sekitar 1990-an, tetapi kekal berkhidmat dalam peranan lain, sebagai pesawat udara anti-kapal selam simpanan, dan sekeliling dunia. Semua pesawat udara H-3 yang masih berada dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat masih digunakan dalam peranan sokongan logistik, sokongan jarak jauh, cari dan menyelamat, ujian, dan pengangkutan VIP.

Variasi Westland Sea King dihasilkan di bawah lesen oleh Westland Helicopters, Ltd. di United Kingdom, yang menghasilkan versi khusus untuk Royal Navy. Ia dikuasai oleh sepasang Rolls-Royce Bristol Gnome turbin British, dan mempunyai peralatan anti-kapal selam dan penerbangan British. Variasi ini mula terbang pada 1969, dan memasuki perkhidmatan pada tahun berikutnya. Ia juga digunakan oleh Royal Air Force dan telah dijual ke seluruh dunia. Pesawat ini juga dihasilkan di Jepun bawah lesen.

Negara yang menggunakan helikopter Nuri (Sea King) termasuk Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Mesir, Jerman, India, Japan, Malaysia, Norway, Pakistan, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom.

Persenjataan dan peralatan helikopter Nuri berbeza sesuai dengan peranannya. Persenjataan biasa bagi tugasan anti-kapalselam termasuk empat torpedo, empat depth charges atau peluru berpandu anti-kapal (Sea Eagle atau Exocet). Dalam peranan Cari dan Menyelamat kabin helikopter Nuri mampu memuatkan 22 orang atau sembilan anduh dan dua pegawai perubatan. Dalam peranan pengangkut tentera, 28 tentera boleh dibawa.

Helikopter Nuri (Sea King) juga digunakan sebagai helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat, beroperasi di bawah kawalan Marin Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Marine One apabila beliau berada di atasnya.

Pautan luar

[Sunting] Lagu tema

Pilot Sea King Kanada mengarang "lagu tema" untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan menurut nada lagu pop Seasons in the Sun tahun 1970-an.

Selamat tinggal ayah, sila doakan saya
Helikopter saya terhempas di laut.

Korus

Kita bergembira, kita berseronok, kita ada Sea King di bawah matahari
Tetapi enjin terbakar dan Sea Kings mesti bersara.
Goodbye papa, please pray for me
My helicopter's crashing in the sea.

The chorus runs

We had joy, we had fun, we had Sea Kings in the sun
But the engines are on fire and the Sea Kings must retire.
Ehsan Naval Helicopter Association
Ehsan Naval Helicopter Association

[Sunting] External links

[Sunting] Variasi H-3

[Sunting] H-3 Stats

[Sunting] Kemampuan

  • SH-3H/D -- Empat anak kapal (dua juru pandu, dua operator pengesan) dan tiga penumpang
  • UH-3H/SH-3G -- Sehingga 15 penumpang

[Sunting] Persenjataan

  • 2 x MK-46/44 tropedo anti-kapal selam
  • Pelbagai sonobouys dan peranti pyroteknik

[Sunting] Prestasi

  • Helikopter SH-3D/H mempunyai keupayaan kelajuan udara sehingga 120 KIAS untuk 3.5-5.5 jam

[Sunting] Janakuasa

  • SH-3H/UH-3H: 2 x General Electric T-58-GE-402 enjin turboshaft -- 1,500 shaft kuasa kuda (1100 kW) setiap satu.
  • SH-3D: 2 x General Electric T58-GE-10 enjin turboshaft -- 1,400 shaft kuasa kuda (1000 kW) setiap satu.
  • SH-3G: 2 x General Electric T58-GE-8F enjin turboshaft -- 1,250 shaft kuada kuda (900 kW) setiap satu.
  • Westland: two Rolls Royce Gnome (Mks. 1 & 2 H1400-1, Mk. 4 onwards H1400-2) turbine kuasa bebas - 1200 kW (1,600 shaft kuasa kuda setiap satu).
Ehsan Naval Helicopter Association
Ehsan Naval Helicopter Association

Templat:Airlistbox