Khamis, 16 Ogos 2007

Vitamin C, E kurang risiko sakit jantung

CHICAGO: Wanita umur pertengahan yang berisiko diserang sakit jantung menerima manfaat sedikit daripada pengambilan vitamin C, E atau beta karotin, kata penyelidik kelmarin.

Walaupun pengambilan makanan tambahan vitamin tidak menyediakan manfaat jantung, memakan diet kaya dengan vitamin berkenaan tidak menjadikan organ itu lebih sihat, kata kajian itu.

Pakar percaya, diet berkhasiat kaya dengan vitamin sedemikian melindungi sistem kardiovaskular badan dengan bertindak balas terhadap sebatian dikenali ‘radikal bebas’.

Sebatian berbahaya ini terbina dalam badan dan boleh merosakkan lapisan arteri, menggalakkan pembekuan darah dan mengubah fungsi saluran darah.

“Antioksidan tunggal (vitamin) mungkin tidak memperlihatkan vitamin rumit dan khasiat yang ditemui dalam makanan, yang menerangkan percanggahan antara percubaan paling banyak campur tangan dan kajian dalam buah-buahan dan sayur-sayuran,” kata penulis Nancy Cook dari Brigham dan Hospital Wanita serta Sekolah Perubatan Harvard di Boston.

Antara lebih 8,000 wanita purata berusia 61 tahun, terbabit dalam kajian hanya kombinasi vitamin C dan E menunjukkan risiko rendah mendapat strok berbanding plasebo. – Reuters