Khamis, 7 Jun 2007


JasaMu Hanya Allah yang Dapat Membalasnya...
Terima Kasih Dato'


Y.BHG. DATO' HAJI YUSOFF BIN HARUN




Ringkasan Amanat Tahun Baru 2007


Pengiktirafan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS, wakil International Organisation of Standards yang beribu pejabat di Geneva. Pengiktirafan ini bermakna bahawa bermulanya detik yang BTP bukan sahaja perlu sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur-prosedur yang telah kita daftarkan, tetapi perlu menambah baik proses-proses kerja dan kualiti perkhidmatan kita secara sistematik dan berterusan. Saya memohon supaya semua warga BTP untuk meneliti, memahami dan menghayati Manual Kualiti kita dan jangan biarkan Manual Kualiti tersebut tinggal sebagai satu dokumen sejarah di atas meja KPP. Sektor Jaminan Kualiti diminta untuk memastikan Manual Kualiti tersebut boleh dibaca oleh semua warga BTP. Saya difahamkan bahawa Sektor Jaminan Kualiti akan memasang dokumen tersebut dalam sistem pengurusan dokumen BTP dan boleh dicapai oleh semua warga BTP melalui internet.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah dipertanggungjawabkan oleh KPM untuk menyelaras pembangunan pusat akses di sekolah-sekolah di Malaysia. Sepanjang tahun 2006, kita telah berjaya membangunkan 1584 pusat akses. Ini boleh dianggapkan sebagai satu pencapaian yang baik memandangkan tempoh masa yang singkat (3 bulan) untuk membangunkan pusat akses. Syabas saya ucapkan kepada semua warga yang terlibat termasuk pembantu am rendah yang menghantar surat-surat yang berkaitan.

Syabas juga saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja konfigurasi 1229 buah makmal pengkomputeraan. Projek ini juga diberi kepada BTP selepas dimulakan oleh bahagian lain, dan dalam masa yang singkat (3 bulan), pasukan konfigurasi rangkaian ini yang telah diberi latihan intensif dapat melaksanakan kerja-kerja konfigurasi disekolah-sekolah. Kejayaan pasukan konfigurasi melaksanakan projek ini menunjukan kebolehan pegawai-pegawai kita untuk menghadapi dan sebarang dugaan dan cabaran.

Sepanjang tahun 2006, pelbagai kursus dan latihan untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai BTP dan rangkaian. Seramai 539 pegawai BTP, PSPN dan PKG telah menerima pengiktirafan industri iaitu sama ada Microsoft Certified Profesional dan Microsoft Certified Desktop Technician. Saya berharap kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan industri diberikan penekanan dan pegawai-pegawai yang terlibat tidak membazirkan peluang untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut. Sektor Latihan perlu pastikan hanya pegawai-pegawai yang betul-betul berpotensi sahaja dihantar untuk kursus-kursus demikian agar tidak membazir.
Malaysia Merdeka 50 Tahun
Bapa Kemerdekaan




Program Professional Development untuk Pendidik Anjuran Bersama
KPM & Pusat Sains Negara
18 - 20 Jun 2007
40 orang guru Matematik - Sains bertempat di PKG Jeli

Hanya Tertumpu pada negeri-negeri yang terpilih sahaja iaitu Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan dan WP Labuan. Sasaran peserta adalah guru-guru Sains-Matematik Sekolah Rendah yang mengajar di kawasan luar bandar. Berobjektifkan :
- mendedahkan guru-guru sains dan matematik dengan inovasi baru dalam P&P
-mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Ringkasan Program:
18 Jun 2007 - Taklimat Projek Sains, Program Agroteknologi dan Program Keajaiban Sains
19 Jun 2007 - Bioteknologi, Science Road Show, Math. Magic dan Perbincangan Projek Sains
20 Jun 2007 - Learning Role, Leading Role, Persiapan Projek Sains dan Persembahan Projek Sains

Senarai Peserta Kursus:

1. SK. Batu Melintang
----En. Sukri Bin Deraman & Pn. Azlinawati Binti Ibrahim
2. SK. Bukit Jering
----En. Wan Mohamad Bin Wan Ismail & En. Mat Ropi Bin Hamzah
3. SK. Jeli (1)
----Pn. Rusnani Binti Che Mahmud & Pn. Sabariah Binti Mohammad Yusoff
4. SK. Jeli (2)
----Pn. Zamilah BInti Zakaria & En. Roslan Bin Mustapha
5. SK. Kalai
----Pn. Zaidah Binti Yusuf & Pn. Izani Binti Wahab
6. SK. Kuala Balah
----Pn. Kasmawati Binti Mohd. Zain & Pn. Noraini Binti Ismail
7. SK. Kubor Datu
----Pn. Nura Binti Ismail & Pn. Nor Ashikin Binti Hussain
8. SK. Lubok Bongor
----En. Zamri Bin Mat & En. Bis Bin Abdullah
9. SK. Pasir Dusun
----En. Rukman Bin Junoh & En. Rosdi Bin Abdullah
10.SK. Pendok
----En. Amli Bin Abd. Wahab & En. Nazeri Bin Mohamad
11.SK. Sg. Long
----En. Mohd. Khairul Zaman Bin Ariffin & En. Ghasadah Bin Mamat
12.SK. Sg. Rual
----En. Mohd. Hadapi Bin Mohd. Yusoff & En. Zairul Azril Bin Zakaria
13.SK. Ayer Lanas
----En. Abd. Hamid Bin Omar & Pn. Zauyah Binti Zakaria
14.SK. Gemang
----En. Mohd. Mazalan Bin Ahmad & Pn. Hamidah Binti Daud
15.SK. Legeh
----Pn. Hajah Noraini Binti Nor & En. Mohd. Asri Bin Mohamad
16.SK. Ayer Chanal
----En. Bazeli Bin Omar & En. Saifullah Bin Abdul Aziz
17.SK. Nik Daud
----Pn. Siti Wahidah Binti Mohamad & En. Ibrahim Bin Seman
18.SK. Gual Jedok
----Pn. Durriah Binti Mahmood & Pn. Rosnaini Binti Mamat
19.SK. Batu Gajah
----En. Mohamad Zulkifli Bin Omar & En. Badrul Hisham Bin Mohamad
20.SK. Lawang
----Pn. Rozini Binti Jusoh & En. Mohd. Badawi Bin Zakaria