Rabu, 27 Jun 2007

Tips Membeli Saham di Waktu Krisis

Artikel ini diambil sebulatnya -->klik tajuk
Hari ini adalah hari yang baik buat pembaca yang meminati dunia saham.

Juga hari yang baik bagi anda yang ingin belajar pelaburan saham.

Saya sempat bercakap dengan bapa saya mengenai dunia saham, dan saya meminta pendapatnya mengenai krisis dalam pasaran saham. Apakah terdapat peluang untuk melabur ketika krisis?

Beliau kata ada tetapi bertempat. Oleh kerana bapa saya tidak sukakan krisis, beliau
sememangnya lari jauh dari pasaran saham ketika krisis. Saya bertanya mengapa.

“Sebab abah takut dan berhati-hati”

Menurut bapa saya, sepanjang pengalamannya dalam dunia saham sewaktu krisis berlaku,
ada dua jenis manusia yang dia jumpa.

Pertama, orang yang agresif melabur ketika krisis. Agresif sehingga tidak ada rasa takut.

Kedua, orang seperti bapa saya, takut tetapi berhati-hati.

Golongan pertama, iaitu seorang agresif adalah bahaya. Sebabnya, apabila mereka mendapat keuntungan dari pelaburan saham yang mengalami krisis, mereka selalunya bertambah ghairah, dan terus membeli.

Untuk melabur dalam pasaran saham ketika krisis, mengikut keadaan pasaran zaman moden ini, tekniknya adalah membeli, menjual dan berehat duduk dirumah sehingga krisis lain pula muncul.

Jika anda membeli, menjual, dan membeli lagi, itu adalah penyakit berbahaya. Anda hanya mencari malapetaka.

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebelum mengulas panjang lebar mengenai pos kali ini, biar saya jelaskan apa definisi krisis.

Krisis dalam konteks yang diterangkan oleh bapa saya hanya melibatkan sesetengah syarikat. Jika berlaku kegawatan ekonomi seperti tahun 1997, itu bukan krisis namanya,itu adalah serangan hantu jembalang.

Ok, buat memudahkan pemahaman anda semua, saya akan berikan satu contoh mudah.

Anda semua tentu mempunyai handphone. Bukankah begitu? Perkhidmatan apakah yang digunakan anda? Maxis, CelCOm, atau Digi?

Baiklah, jika anda ini hantu gayut, saya tanya soalan pengetahuan am. Anda tahukah siapa yang mendapat lesen 3G oleh kerajaan. Tahukah anda?

Lesen 3G ibarat nyawa bagi syarikat-syarikat telekomunikasi. Tetapi malangnya, Digi gagal
dalam merebut lesen 3G yang dikeluarkan kerajaan. Yang menang dan mendapatnya adalah Celcom , Maxis, Time dotcom dan Mitv. Digi yang diramal mudah untuk mendapatnya gagal!

Apakah efeknya kepada saham Digi di pasaran saham? Ya, apabila pengunguman yang dibuat kerajaan bahawa Digi gagal mendapat lesen 3G, sahamnya terus menjunam jatuh.

Haaa, inilah yang dinamakan krisis.

Bermakna, saham syarikat lain seperti saham KFC Holding tidak terjejaspun (memang tidak perlu terjejas disebabkan KFC tidak berniaga telekomunikasi, mereka berniaga ayam!).

Baiklah, apabila saham seperti Digi ini jatuhlah, anda berpeluang untuk membeli saham, silalah membeli-belah sebabnya inilah masa anda membeli saham pada harga murah. Dan apabila sahamnya mengalami pembetulan, iaitu kenaikan semula, anda jualkannya. Dan apabila telah menjualnya, sila keluar dari pasaran saham, duduk dirumah, duduk diam-diam, hinggalah krisis yang lain muncul.

Jadi, anda faham bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham ketika krisis? Begitulah senangnya.

Tetapi, awas, awas, dan awas. Bukan semua saham yang jatuh kita boleh katakannya mengalami krisis seperti saham Digi. Ada yang jatuh tak bangun-bangun, ini parahnya.

Oleh sebab itu, untuk mengaut keuntungan di saat krisis, hanya beberapa syarikat sahaja perlu diberi pertimbangan.

Bapa saya berkata, beliau lebih sukakan membeli saham syarikat blue chip yang mengalami krisis. (Blue chip bukanlah bermaksud snek kentang, tetapi ia adalah bersamaan maksudnya dengan saham mewah).

Kalau di Bursa Malaysia, saham-saham Blue Chip ini diwakili syarikat seperti Maybank, Telekom, Digi, Genting (psst, beli saham genting tidak boleh mengikut hukum syarak), dan macam-macam lagi. Hampir semuanya anda kenal bukan?

shareholder

profit

asset

Saya berikan contoh Digi sebab rekod Digi adalah baik sebelum ini, membayar dividen tinggi kepada pemegang sahamnya. Oleh sebab itu, apabila krisis berlaku ke atas sebuah syarikat yang diusus tadbir dengan baik, ia adalah sesuatu yang tidak kena. Ia tidak sepatutnya berlaku.

Dan sebab krisis telah berlaku ke atas sebuah syarikat yang hebat seperti Digi, inilah peluang pelabur untuk mengaut keuntungan dengan membeli saham syarikat tersebut pada harga murah. Dimasa akan datang, anda mungkin tidak bepeluang membeli sahamnya lagi (harga sudah mahal).
Antara mengenal pasti saham-saham Blue Chip adalah;

  • Syarikat yang mempunyai asas dan prospek yang kukuh.
  • Syarikat diuruskan dengan baik.
  • Sejarah keputusan kewangan yang baik, seharusnya untung.

Ada syarikat lain yang tidak dimasukkan dalam senarai syarikat Blue Chip tetapi masih mempunyai ciri-ciri di atas, adalah juga baik untuk dibeli apabila mereka mengalami krisis.

Tetapi ingat lagi, bukan semuanya saham yang mengalami krisis boleh dipertimbangkan kita. Ada kisah dimana sesetengah saham yang mengalami krisis tidak naik-naik dan kekal berada pada harga dibawah (selalunya berlaku kepada saham syarikat kecil).

Dan ingat lagi, selepas anda meraih keuntungan dari krisis inilah, dan pembetulan harga berlaku, dan harga sahamnya kembali pulih, sila keluar dari pasaran saham.

Keluar dan duduk diam-diam. Jangan menggatal-gatal terus membeli sebabnya apabila kita
menggatal untuk membeli, akhirnya kita mungkin terpaksa dikejarkan ke hospital sakit jiwa.

Oklah, cukup setakat ini, Saya akan menceritakan banyak lagi mengenai saham pada masa hadapan. Tunggu~


Tiada ulasan: