Isnin, 9 Julai 2007

Cinta hakiki cinta pada Allah swt...dan cinta hanya keranaNya...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang
yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak
kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakana pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain.
" Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk
sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang
untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi
Kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak
panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan
bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung
dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik
dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg
salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan
wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
Pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau
mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada
Orang lain, kan ? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas
tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak
nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan ), awak

Tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan
pura-pura buat tak Nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang
Saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab
setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan
beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada
cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik
kereta... hehehehheheheeee.....
hasil tulisan :

gpb_jea3037@moe.edu.my

Tiada ulasan: