Selasa, 31 Julai 2007

Helikopter Nuri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search

Helikopter Nuri atau juga dikenali sebagai Sikorsky S-61 ataupun H-3 Sea King adalah sebuah helikopter milik tentera udara Malaysia. Helikopter Nuri adalah helikopter enjin berkembar pelbagai guna. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan tentera lain, dalam banyak negara di seluruh dunia. Helikopter Nuri juga merupakan helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat.

Perkhidmatan

Pada masa kini helikopter Nuri digunakan di Markas Bantuan Udara seperti berikut:

  1. No. 3 Skuadron Butterworth S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  2. No. 5 Skuadron Labuan S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  3. No. 7 Skuadron Kuching S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  4. No. 10 Skuadron Kuala Lumpur/Sungai Besi S-61A-4 Nuri/AS-61N-1 VIP

Umum

SH-3 Sea King
Beberapa Sikorsky S-61 berlepas
Beberapa Sikorsky S-61 berlepas
Description
Role Multi-role helicopter
Crew 4 (2 pilots, 2 ASW systems operators)
Dimensions
Length 54 ft 9 in (fuselage) 16.7 m
Width

Height 16 ft 10 in 5.13 m
Rotor diameter 62 ft 19 m
Weights
Empty 11,865 lb 5,382 kg
Loaded

Maximum take-off 18,626 lb 8,449 kg
Powerplant
Engines 2 General Electric T58-GE-10 turboshaft
Power 1,400 shp (each)
Performance
Maximum speed 166 mph 267 km/h
Combat range

Ferry range 621 mi 1,000 km
Service ceiling 14,700 ft 4,481 m
Rate of climb 1,310-2,220 ft/min 400-670 m/min
Armament
Guns None
Torpedoes 2 Mk 46 torpedoes (on SH-3H)

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan tentera lain, di seluruh dunia.

Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, Sistem Perkakasan Pendaratan ( Instrument Landing System ) dan, Keupayaan Penglihatan Malam ( Night Vision Capabilities ). Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga 2018.

Setiap Nuri akan melalui pemeriksaan “Check One” bagi setiap pesawat mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari manakala “Check Two” lebih kurang dua minggu dan seterusnya “Check 4” dan “Check 5” yang memakan masa di bawah enam bulan sahaja.

Penyelenggaraan Nuri kini diserahkan kepada AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh terbang diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Alatganti yang diperlukan akan dibekalkan selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh ianya berstatuskan “Aircraft On Ground”.

[Sunting] Ringkasan

Direka oleh Sikorsky, helikopter Nuri pertama terbang pada tahun 1959, dan beroperasi dengan tentera laut Amerika Syarikat pada Jun 1961. Ia direka untuk beroperasi di atas geladak kapal. Kipas lima bilahnya boleh dilipat untuk mudah disimpan. Kegunaan utamanya adalah untuk peperangan anti-kapal selam, tetapi juga berfungsi sebagai pesawat udara anti-kapal, cari dan menyelamat, pengangkutan, komunikasi, pengangkutan eksekutif dan peranan Amaran Awal Di Udara (Airborne Early Warning). Dalam tentera laut Amerika Syarikat, peranan pesawat udara anti-kapal selam dan cari dan menyelamat telah digantikan oleh SH-60 Sea Hawk sekitar 1990-an, tetapi kekal berkhidmat dalam peranan lain, sebagai pesawat udara anti-kapal selam simpanan, dan sekeliling dunia. Semua pesawat udara H-3 yang masih berada dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat masih digunakan dalam peranan sokongan logistik, sokongan jarak jauh, cari dan menyelamat, ujian, dan pengangkutan VIP.

Variasi Westland Sea King dihasilkan di bawah lesen oleh Westland Helicopters, Ltd. di United Kingdom, yang menghasilkan versi khusus untuk Royal Navy. Ia dikuasai oleh sepasang Rolls-Royce Bristol Gnome turbin British, dan mempunyai peralatan anti-kapal selam dan penerbangan British. Variasi ini mula terbang pada 1969, dan memasuki perkhidmatan pada tahun berikutnya. Ia juga digunakan oleh Royal Air Force dan telah dijual ke seluruh dunia. Pesawat ini juga dihasilkan di Jepun bawah lesen.

Negara yang menggunakan helikopter Nuri (Sea King) termasuk Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Mesir, Jerman, India, Japan, Malaysia, Norway, Pakistan, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom.

Persenjataan dan peralatan helikopter Nuri berbeza sesuai dengan peranannya. Persenjataan biasa bagi tugasan anti-kapalselam termasuk empat torpedo, empat depth charges atau peluru berpandu anti-kapal (Sea Eagle atau Exocet). Dalam peranan Cari dan Menyelamat kabin helikopter Nuri mampu memuatkan 22 orang atau sembilan anduh dan dua pegawai perubatan. Dalam peranan pengangkut tentera, 28 tentera boleh dibawa.

Helikopter Nuri (Sea King) juga digunakan sebagai helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat, beroperasi di bawah kawalan Marin Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Marine One apabila beliau berada di atasnya.

Pautan luar

[Sunting] Lagu tema

Pilot Sea King Kanada mengarang "lagu tema" untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan menurut nada lagu pop Seasons in the Sun tahun 1970-an.

Selamat tinggal ayah, sila doakan saya
Helikopter saya terhempas di laut.

Korus

Kita bergembira, kita berseronok, kita ada Sea King di bawah matahari
Tetapi enjin terbakar dan Sea Kings mesti bersara.
Goodbye papa, please pray for me
My helicopter's crashing in the sea.

The chorus runs

We had joy, we had fun, we had Sea Kings in the sun
But the engines are on fire and the Sea Kings must retire.
Ehsan Naval Helicopter Association
Ehsan Naval Helicopter Association

[Sunting] External links

[Sunting] Variasi H-3

[Sunting] H-3 Stats

[Sunting] Kemampuan

  • SH-3H/D -- Empat anak kapal (dua juru pandu, dua operator pengesan) dan tiga penumpang
  • UH-3H/SH-3G -- Sehingga 15 penumpang

[Sunting] Persenjataan

  • 2 x MK-46/44 tropedo anti-kapal selam
  • Pelbagai sonobouys dan peranti pyroteknik

[Sunting] Prestasi

  • Helikopter SH-3D/H mempunyai keupayaan kelajuan udara sehingga 120 KIAS untuk 3.5-5.5 jam

[Sunting] Janakuasa

  • SH-3H/UH-3H: 2 x General Electric T-58-GE-402 enjin turboshaft -- 1,500 shaft kuasa kuda (1100 kW) setiap satu.
  • SH-3D: 2 x General Electric T58-GE-10 enjin turboshaft -- 1,400 shaft kuasa kuda (1000 kW) setiap satu.
  • SH-3G: 2 x General Electric T58-GE-8F enjin turboshaft -- 1,250 shaft kuada kuda (900 kW) setiap satu.
  • Westland: two Rolls Royce Gnome (Mks. 1 & 2 H1400-1, Mk. 4 onwards H1400-2) turbine kuasa bebas - 1200 kW (1,600 shaft kuasa kuda setiap satu).
Ehsan Naval Helicopter Association
Ehsan Naval Helicopter Association

Templat:Airlistbox

Tiada ulasan: