Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
dalam beberapa cara.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
Anda seorang yang istimewa dan unik.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah disebaliknya.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapisekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akanmemperolehinya.
Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala makihamun, caci & cela.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,
ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.
Ini adalah pesanan pendek
untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini,
bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti
memberi keceriaan kepada seseorang atau
mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baikSelasa, 26 Jun 2007
Adakah anda perasan atau tidak...?
Semangat Berani Mengakui Kesilapan
Utusan 26 Jun 2007 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1428
Dalam menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50, kita pasti menceritakan kembali dan menghebahkan kejayaan serta kepandaian rakyat negara ini membangunkan Malaysia. Bukan saja Malaysia bertuah memiliki pemimpin-pemimpin yang baik dan pandai, tetapi rakyat ini juga bijak memilih pemimpin mereka di samping tidak terdorong untuk melakukan tindakan-tindakan buruk seperti merusuh atau berperang sesama sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila kita membandingkan dengan negara-negara yang gagal membangun walaupun mencapai kemerdekaan lebih awal daripada kita. Namun begitu, dalam semangat menyambut Hari Kemerdekaan Ke -50, kita juga wajar membincangkan dengan berlapang dada terhadap kegagalan dan kesilapan yang dilakukan oleh negara kita, baik oleh pemimpin-pemimpinnya, mahupun rakyat biasa.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita juga banyak melakukan kesilapan. Kita harus berjiwa merdeka dengan berani mengakui kesilapan yang telah dilakukan oleh negara ini sejak mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu. Sudah tentu Malaysia bukanlah sebuah negara yang sempurna. terdapat juga cacat celanya.
Itu tidak pula kita menafikan kejayaan dan kepandaian kita. Oleh kerana segala kajayaan kita sudah sering diuar-uarkan lebih-lebih lagi oleh saluran yang bersifat rasmi, maka ada baiknya kita juga membincangkan mengenai kesilapan-kesilapan yang telah negara kita lakukan selama ini. Semoga ia menjadi iktibar dan dicari penyelesaiannya. Kita pun mengakui bahawa buat masa ini kita menghadapi pelbagai masalah yang mesti kita berani tangani. antaranya adalah seperti peningkatan jenayah di negara ini. Itu tidak boleh kita menafikan.
Andai kata, kita dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan itu, pasti negara kita akan lebih maju daripada hari ini. Bagi pendapat saya, kesilapan besar kita sebagai rakyat, negara ini adalah kekurangan kemampuan kita untuk mempunyai sifat toleransi terhadap pendapat dan pandangan yang berbeza daripada apa yang kita pegang. Umpamanya sebaik saja keluar sesuatu pendapat yang bertentangan dengan apa yang kita percaya, dengan segera kita berasa sensitif dan menyeru supaya pendapat itu tidak dipedulikan dan disembunyikan.
Akibat daripada sifat kita, pendapat yang berbeza dan pelbagai sukar untuk bercambah di negara ini. Kita sendiri yang ada kalanya mempunyai pendapat yang berbeza daripada orang lain berasa takut untuk mengemukakannya kerana bimbang dikritik dan dicemuh oleh orang lain. Kita tahu rakyat negara ini sensitif terhadap pendapat yang berbeza. Kita juga berasa sensitif jika ada orang lain yang mengeluarkan pendapat yang berbeza.
Dalam hal inilah, saya rasa kita mempunyai kekurangan sepanjang 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaan. Maka, masyarakat yang terlalu sensitif dan tidak toleran kepada pendapat berbeza menghasilkan iklim stereotaip di sekolah-sekolah. Sukar bagi kita hendak menggalakkan kreativiti dan ekspresi pandangan di sekolah. Suasana ini juga terbawa-bawa ke universiti tempatan yang akhirnya mengukuh di tempat-tempat kerja.
Bagaimanakah negara ini hendak berkembang lebih jauh jika dalam persaingan buah fikiran pun kita sudah gagal? Maka kita sering menyatakan bahawa siswazah dari luar negara lebih bermutu. Mungkin antara sebabnya ialah di Barat, iklimnya adalah mereka mempunyai sifat toleran terhadap pelbagai idea berbeza dan ini menggalakkan kreativiti.
Kita berasakan bahawa iklim kepelbagaian pendapat adalah lebih luas sebelum Darurat, iaitu semasa negara belum mencapai kemerdekaan. Akibat Darurat, kebebasan melahirkan perbezaan pendapat semakin mengecil bagi mengelak propaganda subversif. Tetapi selepas Darurat berakhir pada tahun 1960, iaitu selepas negara mencapai kemerdekaan, ruang kebebasan pendapat tidak dipulihkan seperti mana sebelum Darurat dulu.
Kemudian ruang kebebasan berbeza pendapat ini lebih mengecil apabila Malaysia ditubuhkan kerana ketika itu ancaman konfrontasi Indonesia membahayakan negara. Tetapi setelah tamat konfrontasi, ruang ini tidaklah dipulihkan secara automatik.
Peristiwa 13 Mei dan 3 Disember 1974 iaitu Demonstrasi Mahasiswa telah mengakibatkan ruang mengeluarkan pendapat lebih mengecil. Ia bukan semata-mata kerana undang-undang yang digubal bagi menyekat pendapat-pendapat yang berbeza. apa yang mengecilkan ruang pendapat itu bukanlah undang-undang tetapi tindakan serta ucapan-ucapan yang tidak menggalakkan pernyataan pendapat berbeza. Seolah-olah apabila dinyatakan pendapat yang berbeza dianggap sebagai musuh.
Maka dalam suasana begini, maka apa yang dapatdinyatakan ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50, adalah puji-pujian semata-mata. Sedangkan perkataan merdeka bererti kebebasan, bukan saja kebebasan daripada penjajah tetapi memiliki kebebasan berfikir serta bersuara. ~ M E R D E K A ~ABUZAR SAMADI,Batu Pahat, Johor
Selasa, 19 Jun 2007
Melabur Dalam Amanah Saham : Wajarkah Meminjam?
Salam sejahtera. Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana amanah saham berharga tetap.Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.
Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!
Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% ( 6.65% dengan KPA semasa 6.75%).
Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.
Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?
Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.
Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:
Jumlah pinjaman : RM 50,000.00
Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)
Bayaran balik sebulan : RM 377.22
Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)
Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?
Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :
Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )
Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80
Keuntungan bersih : RM 245,842.20
Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?
Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;
Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22
Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)
Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)
Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )
Perbezaan:
Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)
Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)
beza : RM 27,260.07
Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?
Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.
Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?
Tidak perlu bersusah payah. Masih bank yang sama. Masih kaunter bank yang sama.
Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.
CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman
Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!
Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!
CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.
UNTUNG: RM 27,260.07 !!!
Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?
Bagi saya tiada faedah pun!!! Saya akan menulis perkara ini kemudian.
Artikel ini diambil sepenuh dari : http://dana-amanah.blogspot.com/
